CROPS
PRODUCT TYPES

Tanaman padi memerlukan 14 jenis unsur- unsur untuk menjamin pertumbuhan sihat dan seimbang. Selain unsur-unsur utama (Nitrogen, Fosforus, Kalium) dan unsur-unsur sekunder (Magnesium, Kalsium, Sulfur), tanaman padi juga memerlukan unsur-unsur surih (Zink, Boron, Kuprum, Besi, Mangan, Molibdenum, Klorin) dan unsur berfaedah Silikon.
PEMBAJAAN SEIMBANG MENJAMIN PADI SIHAT DAN BERHASIL TINGGI
Elemento Emas® ialah baja unsur surih yang diperkuatkan dengan Silikon. Formulasinya khas direka untuk memanfaatkan tanaman padi. Unsur-unsur surih yang dibekalkan oleh Elemento Emas® akan menjamin tanaman padi mendapat nutrien yang seimbang sepanjang musim penanaman.Elemento Emas® ialah produk berkualiti yang dihasilkan oleh syarikat Produquimica di negara Brazil. Pengiktirafan oleh standard ISO 9001 dan ISO 14001 bertaraf Eropah menjaminkan tahap kualiti yang tinggi lagi konsisten.
FORMULASI KHAS BAGI TANAMAN PADI
Elemento Emas® mempunyai sifat-sifat fizikal yang amat sesuai bagi tanaman padi. Setiap butiran Elemento Emas® mempunyai bahagian larut air dan bahagian larut asid sitrus yang tidak sahaja memberi kesan cepat kepada tanaman padi yang sedang membesar malah juga memberi kesan berpanjangan supaya kesannya dapat dikekalkan sehingga ke hujung musim.
Better Crops with Quality Products & Quality Support